Ucapan PM di PBB Bukan Sekadar Mengangkat Bahasa Melayu di Persada Dunia¦

Sorotan Auni Zarifah

œSalam sejahtera dan salam keluarga dunia ¦ , membuka tirai bicara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 baru-baru ini.  

Sekali lagi selepas 65 tahun,  bahasa Malaysia kembali bergema di persidangan dunia itu apabila Perdana Menteri memilih untuk menyampaikan kenyataan negara dalam bahasa ibunda. Pada September 1957, bahasa Melayu pernah berkumandang di persidangan utama dunia itu apabila duta Malaysia ke Amerika Syarikat dan PBB ketika itu Tun Dr Ismail Abdul Rahman berjaya  menyampaikan hasrat dan keprihatinan Malaysia dalam bahasa ibunda. Kali ini sejarah berulang lagi, tetapi hasrat itu disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga bernama Ismail.     

Jika sebelum ini umum mengetahui bahawa bahasa perantara yang digunakan adalah bahasa inggeris, maka pemilihan bahasa Melayu dalam ucapan tersebut oleh Perdana Menteri bagai membina jatidiri rakyat Malaysia. Siapalah yang tidak bangga dengan bahasa ibunda mereka. 

Sekalipun bahasa Melayu kembali bergema di persada dunia, namun ia tidak membawa erti yang signifikan jika isi kandungan ucapan berkenaan tidak mencetuskan keprihatinan dunia terhadap isu-isu antarabangsa yang perlu ditangani secara serius dan berkesan. Jika disorot dengan teliti, Perdana Menteri dikira berjaya membangkitkan kesedaran dunia terhadap isu-isu yang memerlukan rawatan dan penyelesaian yang tuntas.

Dalam ucapan yang bertemakan œDetik Peralihan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait, Perdana Menteri membincangkan beberapa isu dunia perlu dijadikan fokus utama para pemimpin dunia bagi meleraikan kemelut yang dihadapi dan isu isu kemanusian yang patut diambil peduli. 

Keluarga Malaysia, sebuah frasa yang menggambarkan betapa sesuatu negara itu mampu berdiri utuh dan teguh serta berdaya saing andai semangat kekeluargaan tersemat dalam jiwa setiap rakyat tanpa mengira latar belakang. Begitu jugalah nilai yang diterapkan Perdana Menteri dalam ucapannya dengan menggunakan frasa œKeluarga Dunia di awal ucapannya. 

Perdana Menteri menzahirkan kegusaran beliau apabila ketidaksefahaman antara negara mampu memberi impak kepada negara lain. Sebagai contoh, isu monetari antarabangsa yang memerlukan kerjasama dari seluruh pelusuk dunia bagi mewujudkan sebuah stuktur ekonomi dunia yang mampan. Maka, dengan tegasnya Perdana Menteri mewakili negara Malaysia menggesa agar œMekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa diwujudkan untuk sistem yang lebih efektif dan pembangunan sejagat yang lebih adil. 

Akhir-akhir ini isu œFood Security atau Jaminan Makanan menjadi sorotan hangat sebagai salah satu krisis yang bakal dihadapi akibat daripada perubahan iklim dan peperangan di beberapa negara yang amat merisaukan. Jesteru, Perdana Menteri menegaskan bahawa isu ini perlu menjadi hal yang amat penting untuk dibincangkan dan diberi penekanan yang jitu bagi menjamin sumber makanan mencukupi untuk seluruh manusia. 

Konflik yang pada zahirnya seperti pertikaian politik antara pemimpin negara yang berbeza. Namun, andai dilihat dengan teliti nyawa orang awam dan hak kemanusiaan mereka sedikit demi sedikit ranap dicabul akibat daripada konflik yang berlaku. Dengan tegas, Perdana Menteri menyeru agar pihak yang terlibat segera meleraikan pertelagahan dan berusaha mewujudkan kata sepakat menerusi meja rundingan. Oleh hal yang demikian, pengecualian beberapa negara daripada menjadi sebahagian daripada Persatuan Banga-Bangsa Bersatu (PBB) adalah perkara yang tidak wajar kerana tiada suara yang dapat disampaikan jika peluang tidak diberi. 

Kesinambungannya, konflik bukan hanya melibatkan dua pihak yang bertelegah tetapi impaknya juga dapat dirasai seluruh dunia seperti mana yang berlaku pada hari ini, akibat peperangan Rusia-Ukraine. Peperangan tersebut membawa kepada isu jaminan makanan apabila kekurangan gandum secara global dialami memandangkan Ukraine merupakan pengekport terbesar gandum seluruh dunia. 

Dalam ucapannya, Perdana Menteri juga bertindak sebagai suara negara Palestin apabila menegaskan bahawa isu kemanusiaan rakyat Palestin seolah olah dipandang enteng oleh para pemimpin dunia. Saban hari, hak rakyat Palestin terus dinafikan. Namun yang demikian, perkara tersebut tidak berlaku pada apa yang berlaku sekarang iatu perang Rusia-Ukraine yang mendapat sorotan perhatian seluruh dunia. Maka, Perdana Menteri menggesa agar tindakan yang sama dilakukan bagi menghentikan Israel daripada menjadi entiti apetied. 

Dalam ucapan tersebut, Perdana Menteri juga menzahirkan rasa kecewa terhadap PBB apabila tiada tindakan yang diambil bagi menangani isu rampasan kuasa yang berlaku di Myanmar. Isu di Myanmar seolah olah dianak tirikan oleh PBB dan diletakkan di bahu ASEAN sepenuhnya apabila tiada tindakan atau pandangan proaktif dilontarkan. Selain itu, Perdana Menteri juga menegaskan bahawa atas dasar kemanusiaan Malaysia dengan rela hatinya menaungi pelarian etnik Rohingya walaupun Malaysia bukan negara yang menanda tangani Konvensyen Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Maka, isu ini perlu diambil peduli oleh seluruh negara bagi menangani krisis ini. 

Perdana Menteri juga dengan proaktif menekankan bahawa memihak kepada kuasa veto telah melanggar prinsip demokrasi yang akhirnya membawa kepada kepincangan bagi menangani konflik antara negara. 

Selain isu kemanusiaan, perubahan iklim juga menjadi isu penting yang dibincangkan kerana kerugian yang dialami amatlah besar malah mengakibatkan kehilangan nyawa yang banyak. Maka, mitigasi dan adaptasi perlu diteruskan dengan negara negara maju perlu menyedari tanggungjawab mereka bagi membantu negara negara membangun lain bagi menangani isu perubahan iklim ini. 

Mewakili negara membangun, Perdana Menteri dengan jelas menyatakan tentang kepentingan teknologi baru dan tenaga yang boleh diperbaharui. Walaubagaimanapun, perubahan ini perlulah bersifat mampu milik oleh negara negara membangun. Perdana Menteri juga menggariskan beberapa isu alam sekitar yang perlu diketengahkan lagi bagi memenuhi aspirasi pembangunan lestari atau dikenali sebagai Sustainable Development Goal (SDG). 

Apa yang menarik di akhir ucapannya, Perdana Menteri menyeru agar seluruh pemimpin dunia untuk sama sama berganding bahu dan berusaha meleraikan konflik bagi mendepani cabaran masa hadapan. Tanpa kesepakatan antarabangsa yang jitu, isu-isu yang sedang dihadapi akan terus menghantui masyarakat dunia. ***


Leave a Reply