{"id":172434,"date":"2023-01-16T09:09:31","date_gmt":"2023-01-16T09:09:31","guid":{"rendered":"https:\/\/news.iium.edu.my\/?p=172434"},"modified":"2023-01-16T09:09:34","modified_gmt":"2023-01-16T09:09:34","slug":"pengucapan-pm-10-terselit-agenda-memperkasa-bahasa-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/news.iium.edu.my\/?p=172434","title":{"rendered":"Pengucapan PM-10 Terselit Agenda Memperkasa Bahasa Melayu"},"content":{"rendered":"\n<p><strong><em>Sorotan Auni Zarifah<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mutakhir ini politik negara sekali lagi berubah terutama\nselepas pilihanraya umum ke-15. Kini tiada lagi mana-mana parti politik\nmendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Maka membentuk kerajaan\nperpaduan adalah di antara pilihan yang ada, menggabungkan pelbagai parti\npolitik yang dulunya mempunyai visi dan objektif&nbsp; berbeza. Berikutan keputusan pilihanraya yang\nagak unik kali ini, &nbsp;pelbagai kemelut\npolitik berlaku bagi membentuk sebuah kerajaan yang akan mentadbir Malaysia\nuntuk lima tahun mendatang. Ini termasuklah siri \u0153menunggu\u009d pembentukan\nkerajaan dan pelantikan Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Parlimen tergantung (<em>hung parliament<\/em>) pastinya menjadi salah satu peristiwa yang bakal dikenang dalam sejarah negara apabila majoriti mudah tidak berjaya dicapai oleh mana-mana gabungan parti politik. Atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Dato Seri Anwar bin Ibrahim akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10. Keputusan berkenaan diambil selepas mengambil kira pandangan raja-raja Melayu lainnya demi kesejahteraan rakyat dan negara. Maka pada 24 November 2022 Dato Seri Anwar Ibrahim secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 (PMX). <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang menarik untuk diperkatakan dan disoroti di sini\nbukanlah isu pelantikan Perdana Menteri atau perihal parlimen tergantung.\nSemuanya sudah selesai dan dimuktamadkan.&nbsp;\nApa yang menarik&nbsp; bagi sesetengah\npihak adalah untuk menyorot personaliti Perdana Menteri ke-10 (PMX) yang gemar\nbertutur menggunakan Bahasa Malaysia secara teratur dan diselangi\nistilah-istilah tepat untuk menggambarkan sesuatu keadaan serta maksud. Tutur\nbahasa dan gaya bicara beliau menjadi tarikan terutamanya di alam maya apabila\nperkataan-perkataan yang jarang didengar terbit di bibir Dato Seri Anwar\nIbrahim. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedikit sebanyak perbendaharaan kata dapat diluaskan dan\nbibit kecintaan terhadap bahasa rasmi negara mula bercambah di kalangan peminat\ndan pecinta bahasa. Pertama kali setelah dilantik menjadi Perdana Menteri,\nucapan Anwar Ibrahim telah menarik perhatian ramai apabila perkataan \u0153cerakin\u009d\ndigunakan dalam sidang media selepas mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup\nNegara Tahun 2022 pada 27 November 2022 lalu. Perkataan \u0153cerakin\u009d digunakan\noleh beliau semasa membincangkan isu berkaitan subsidi rakyat mula menjadi sebutan\nramai di kebanyakan media sosial. Makna \u0153cerakin\u009d mula diperhalusi dan difahami\nsupaya konteks ucapan PMX dapat difahami dengan jitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ditelusuri latar pendidikan Dato Seri Anwar Ibrahim, beliau merupakan graduan&nbsp; Jabatan Pengajian&nbsp;Melayu&nbsp;Universiti Malaya dan&nbsp; tidaklah janggal untuk beliau &nbsp;berbicara menggunakan perkataan yang jarang didengari selain laras bahasa yang teratur. Bukan perkataan \u0153cerakin\u009d sahaja yang memerangkap pendengaran ramai. Terdapat beberapa perkataan yang dituturkan Ahli Parlimen Tambun berkenaan yang menuntut kita untuk menyelak kamus atau melayari internet bagi memahami perkataan tersebut. Beberapa kosa kata digunakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum dan selepas menjadi Perdana Menteri juga meningkatkan kemahiran berbahasa kita. Dengan itu, beberapa perkataan akan ditelusuri dalam artikel ini sebagai wahana meningkatkn perbendaharaan kata dan memantapkan laras bahasa terutama dalam pertuturan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbicara mengenai isu kemiskinan dalam Konvesyen Keadilan\nNegeri Johor pada 1 November 2019 lalu, Anwar Ibrahim menggunakan perkataan \u0153kesenjangan\u009d\nyang membawa maksud ketidakseimbangan. Jika kita perhatikan, perkataan\nkesenjagan jarang digunakan bagi menggambarkan ketidakseimbangan yang berlaku.\nAcap kali yang kita dengar adalah \u0153ketidakseimbangan ekonomi\u009d berbanding \u0153kesenjangan\nekonomi\u009d. Selain daripada itu, ramai mula membiasakan diri dengan perkataan \u0153bobrok\u009d\nmenerusi ucapan &#8211; ucapan Anwar Ibrahim juga. Dalam membincangkan isu\nkepincangan sistem pentadbiran negara dan salah guna kuasa para pemimpin,\nperkataan \u0153bobrok\u009d sering beliau gunakan. Bobrok yang membawa erti kerosakan,\nmembuatkan kita memahami bahawa betapa pentingnya peduli terhadap nasib tanah\nair dan mengelak rakyat daripada diperintah oleh pemimpin yang tidak amanah. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Baru-baru ini, perkataan \u0153 wewenang\u009d juga mendapat sorotan di media maya apabila Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan&nbsp; turut mengungkapkan perkataan tersebut menerusi sidang media Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada 5 Disember 2022. Mesyuarat berkenaan bagi menjelaskan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri. Pada sidang media itu juga, Anwar Ibrahim menggunakan istilah \u0153keabsahan\u009d apabila berbicara mengenai kredibiliti insitusi diraja dan keluhuran perlembagaan. Bukan terhenti di situ, malah beberapa nama kementerian turut diubah dengan penambahan seperti \u0153keterjaminan makanan\u009d, \u0153komunikasi digital\u009d, \u0153reformasi institusi\u009d dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata masih banyak kosa kata yang perlu kita gali dan manfaatkan penggunaannya agar pengucapan bahasa kita lebih menarik dan bernada segar. Keindahan bahasa itu bukan lah terletak pada betapa puitis kita berbicara, tetapi pada laras bahasa yang disandarkan dengan adab dalam bertutur. Fasih berbicara sahaja belum mencukupi jika bersikap membataskan diri daripada menambah kosa kata. Jika dilihat pada hari ini, kita lebih selesa menggunakan perkataan bahasa Inggeris seperti \u0153<em>viral<\/em>\u009d berbanding tular bagi membincangkan isu-isu yang sedang hangat diperkatakan. Maka, dengan luasnya kosa kata yang kita miliki, kita tidak perlu bergantung kepada bahasa asing untuk melengkapkan makna pengucapan&nbsp;apabila bertutur. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhir kata, mendengar ucapan PMX ibarat &nbsp;menyelam sambal minum air. Dengan makna yang lain, rakyat bukan sahaja dapat mengetahui perkembangan politik negara dari masa ke semasa malah dalam waktu yang sama mereka juga berupaya mendalami pelbagai kosa kata bahasa Melayu yang jarang didengar sebelum ini. Moga lebih ramai pemimpin politik dan pemimpin masyarakat&nbsp;menuruti langkah yang sama kearah menjayakan bahasa Melayu sebagai bahasa peradaban yang pernah menjadi bahasa <em>lingua-franca<\/em> di kepulauan Melayu suatu masa dahulu.&nbsp; Bahasa adalah cerminan jiwa bangsa. Jiwa yang besar terpamer pada pengucapan bahasa yang segar.***<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sorotan Auni Zarifah Mutakhir ini politik negara sekali lagi berubah terutama selepas pilihanraya umum ke-15. Kini tiada lagi mana-mana parti politik mendapat majoriti mudah untuk&hellip; <\/p>\n","protected":false},"author":191,"featured_media":172436,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1,748,11,19],"tags":[],"nelio_content":{"isAutoShareEnabled":true,"autoShareEndMode":"never","automationSources":{"useCustomSentences":false,"customSentences":[]},"followers":[469,191],"suggestedReferences":[],"efiUrl":"","efiAlt":"","highlights":[],"permalinkQueryArgs":[]},"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/news.iium.edu.my\/wp-content\/uploads\/2023\/01\/FW1270289_PTJ06_24112022_PM_ANWAR-1024x727-1.jpg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/172434"}],"collection":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/191"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=172434"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/172434\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":172449,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/172434\/revisions\/172449"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/172436"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=172434"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=172434"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=172434"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}