{"id":161969,"date":"2022-01-23T10:52:11","date_gmt":"2022-01-23T10:52:11","guid":{"rendered":"https:\/\/news.iium.edu.my\/?p=161969"},"modified":"2022-01-23T10:56:29","modified_gmt":"2022-01-23T10:56:29","slug":"persediaan-lebih-jitu-perlu-dirangka-menghadapi-musibah-banjir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/news.iium.edu.my\/?p=161969","title":{"rendered":"Persediaan lebih jitu perlu dirangka menghadapi musibah banjir"},"content":{"rendered":"\n<p><strong><em>Sorotan Siti Solehah<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai sebuah negara yang begitu terdedah kepada perubahan monsun,\nfenomena banjir merupakan bencana alam yang boleh dikatakan sesuatu yang sering\nberlaku di Malaysia. Cuma yang sering diperkirakan apakah banjir yang merupakan\nfenomena alam yang berlaku setiap tahun itu di luar dugaan atau\nsebaliknya.&nbsp; &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia dan beberapa negara di Asia Tenggara merupakan negara yang\nsering dilanda banjir samada banjir kilat atau banjir diakibatkan oleh\nperubahan monsun timur laut. Akibat daripada hujan lebat yang berterusan,\nkemungkinan dilanda banjir memang sentiasa bermain di benak penduduk negara ini\nterutama yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Banjir besar yang diakibatkan perubahan monsun telah merakam sejarahnya\nyang tersindiri di negara ini. Sebagai contoh, Malaysia pernah dilanda banjir\nbesar pada tahun 1971, 2014 dan yang terkini adalah pada tahun 2021 yang baru\nlalu. Bencana alam ini bukan sahaja memusnahkan harta benda serta tanaman,\nmalah meragut ramai nyawa manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>18 Disember 2021 merupakan tarikh yang membawa mimpi ngeri buat rakyat\nMalaysia di mana ini merupakan malam permulaan bah besar yang melanda negara.\nRiuh di media sosial denga suara rakyat menjerit meminta tolong. \u0153Tolong kami\u00a6\nair makin naik.\u009d Rakyat yang tidak terkesan juga turut sama menghulurkan\nbantuan. Apatah lagi dalam keadaan pihak berkuasa masih belum berupaya\nmenggerakkan jentera bantuan dalam waktu yang singkat. Namun di sana terdapat amalan\nrakyat Malaysia yang harus dipuji. Bersikap prihatin dan meneruskan kerja\nkebajikan sesama mereka di bawah motto \u0153Rakyat jaga Rakyat\u009d.<\/p>\n\n\n\n<p>Banjir besar kali ini agak tidak terkawal apabila banjir tersebut melanda negeri Selangor yang sebelumnya hanya sering dilanda banjir kilat. Banyak daerah terjejas seperti Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling, dan Kuala Lumpur. Manakala di Pahang, banjir melanda Bentong, Karak, Lanchang, \u00c2\u00a0Mentakab dan Temerloh di Pahang. Air begitu berlumpur, keruh dan \u00c2\u00a0bewarna coklat. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/news.iium.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/649C22CB-7DC6-4956-B6AC-3DB59758C14C-780x470-1.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-161973\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Bencana alam yang meragut hampir 50 nyawa tersebut patut\nmenjadi pembuka mata semua pihak untuk sentiasa berwaspada dan bersiap siaga\ndalam menghadapi pelbagai kemungkinan. Keadaan Malaysia yang berada berdekatan\ndengan Garisan Khatulistiwa telah menyebabkan negara ini sering terkesan oleh\nperalihan Monsun Barat Daya dan Timur Laut. Fenomena banjir yang sering berlaku\nterutamanya di negeri-negeri pantai timur sudah cukup untuk dijadikan bukti\nbahawa Malaysia sering terdedah terhadap fenomena banjir.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, banjir besar yang melanda malaysia baru-baru ini\ncukup untuk menyaksikan ketidaksediaan serta sikap tidak mengambil endah pihak-pihak\nyang diberi amanah untuk menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia. Negara Malaysia\npernah melalui peristiwa tragedi banjir pada 2014. <\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian kaca bangunan Etiqa di Masjid Jamek yang pecah\nakibat hujan lebat dan angin kencang pada April lalu juga telah menjadi bukti\nbahawa iklim dunia yang semakin tidak tentu arah dan mengundang malapetaka yang\ntidak dapat dijangka termasuk di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak bersedia, kelam kabut dan tidak dijangka. Inilah\nalasan yang digunakan di saat tidak dapat mengelakkan diri lagi. Tidak lupa\njuga, sikap lepas tangan dan menunding jari yang dipamerkan oleh pihak\nbertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini turut menimbulkan persoalan di\nmata rakyat. Alasan yang diberikan boleh diklasifikan sebagai lemah kerana peringatan\njuga diberikan. Pada Julai 2021, Adun Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah,\ntelah memberi peringatan tentang pelan rapi menjelang banjir. Baru-baru ini\njuga telah terbongkar bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah\nmengesyorkan beberapa kolam di ibu kota diwartakan sebagai kolam takungan\nbanjir namun cadangan tersebut ditolak. Jadi salah siapa?<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, di setiap perkara yang terjadi, pasti ada coretan manis yang tersemat. Dapat disaksikan keindahan Malaysia apabila rakyat Malaysia samada perseorangan atau badan bukan kerajaan (NGO), tidak kira kaum dan agama dari pelosok negara begitu ringan tulang membantu mangsa-manga banjir dalam pelbagai aspek seperti pembersihan pascabanjir, pengagihan keperluan asas, serta memberi perlindungan sementara kepada binatang binatang peliharaan seperti kucing dan anjing.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/i2.wp.com\/news.iium.edu.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/kbs-3.jpeg?fit=790%2C471&amp;ssl=1\" alt=\"\" class=\"wp-image-161974\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga tidak\nketinggalan dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Pihak universiti begitu\nmengalu-alukan penuntut universiti ini untuk bersama membantu mangsa-mangsa\nbanjir. Dorongan itu termasuk dengan keprihatinan pihak universiti dalam menyediakan\npengangkutan kepada para pelajar untuk bergerak ke destinasi mangsa-mangsa banjir.\nMoga amalan murni begini akan terus disuburkan di kalangan rakyat Malaysia\nterutamanya di kalangan pelajar universiti dan pusat pengajian tinggi sebagai\nmenjiwai konsep pembangunan lestari.***<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sorotan Siti Solehah Sebagai sebuah negara yang begitu terdedah kepada perubahan monsun, fenomena banjir merupakan bencana alam yang boleh dikatakan sesuatu yang sering berlaku di&hellip; <\/p>\n","protected":false},"author":2729,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1,748,8,19],"tags":[],"nelio_content":{"isAutoShareEnabled":true,"autoShareEndMode":"never","automationSources":{"useCustomSentences":false,"customSentences":[]},"followers":[156,2729],"suggestedReferences":[],"efiUrl":"","efiAlt":"","highlights":[],"permalinkQueryArgs":[]},"jetpack_featured_media_url":"","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/161969"}],"collection":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2729"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=161969"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/161969\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":161971,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/161969\/revisions\/161971"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=161969"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=161969"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=161969"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}