{"id":158269,"date":"2021-11-01T09:32:29","date_gmt":"2021-11-01T09:32:29","guid":{"rendered":"https:\/\/news.iium.edu.my\/?p=158269"},"modified":"2021-11-01T12:17:47","modified_gmt":"2021-11-01T12:17:47","slug":"muslim-perlu-sokong-kandungan-media-islamik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/news.iium.edu.my\/?p=158269","title":{"rendered":"Muslim perlu sokong kandungan media Islamik"},"content":{"rendered":"\n<p><strong><em>Oleh Shahanim\nShafee dan Auni Zarifah<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Akibat perubahan teknologi media yang pantas yang turut disertai dengan kepelbagaian kandungan media, corak penerimaan masyarakat Malaysia terhadap program berbentuk Islamik mula beralih arah. Mereka mahukan perubahan dan kepelbagaian yang selari dengan perkembangan semasa masyarakat dunia dan isu-isu agama yang lebih kontemporari sifatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mutakhir ini, kita lihat semakin ramai penggiat seni mula berani mengetengahkan malah memperjuangkan konten bersifat Islamik agar lebih menyerlah dan mendominasi dunia penyiaran dan layar perak. Namun mereka terpaksa bertindak dengan lebih bijaksana dalam mengutamakan aturan syariat, dan dalam waktu yang sama melayani kehendak audien yang semakin kompleks dan bercitarasa tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam apa pun kerjaya termasuklan menceburi bidang media, &nbsp;Muslim terus dituntut menta&#8217;ati syariat agama. Sebagai contoh, setiap umat Islam diwajibkan untuk menutup aurat dan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan muhrim. Inilah antara cabaran paling besar bagi anak seni yang terlibat dalam dunia penyiaran dan industri layar perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini turut\ndiakui oleh pengacara televisyen dan juga seorang pelakon, Puan Nurdiyana binti\nAmir Hashim atau lebih dikenali sebagai Diana Amir. Beliau berkongsi pandangan menerusi\nprogram bual bicara baru-baru ini. Program bertajuk &nbsp;\u0153Cabaran Penerapan \u02dcIslamic Content dalam\nProgram TV: Imej Islamik dan Cabaran Dalam Lakonan\u009d itu disiarkan secara maya. <\/p>\n\n\n\n<p>Diana Amir mula bergiat aktif dalam industri seni sejak tahun 2008 sebagai pelakon drama. Kini beliau lebih menumpukan kepada aktiviti sebagai pengacara program televisyen, penceramah motivasi dan penulis buku.<\/p>\n\n\n\n<p>Berkongsi\npengalaman beliau dalam kerjaya lakonan, Diana mengakui antara cabaran besar yang\ndihadapi beliau ketika bergiat aktif sebagai anak seni adalah konflik di antara\npara pelakon dan juga krew produksi. <\/p>\n\n\n\n<p>\u0153Kerana kesuntukan masa ketika berada di lokasi penggambaran, solat dalam keadaan yang terkejar-kejar adalah antara hal yang perlu saya hadapi,\u009d ujar beliau. Beliau mengatakan setiap pengarah dan penerbit&nbsp; amat mementingkan masa kerana <em>time is money<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;Atas dasar minat yang mendalam terhadap bidang\nlakonan, Diana memberanikan diri untuk menghadapi cabaran sebagai anak seni\ndemi mengejar impian beliau sebagai pelakon. Namun realiti tidaklah seindah tanggapan.\nKatanya, sesuatu yang kita minat itu tidak semestinya&nbsp; akan terus menjadi sesuatu yang terbaik untuk\ndiri kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Tuhan menguji\nsetiap manusia dengan ujian yang berbeza-beza, tetapi ujian yang diturunkan itu\nadalah kerana Tuhan mengetahui batas kemampuan kita bagi menghadapinya. Diana\nAmir menasihatkan anak muda masa kini terutama remaja Islam bagi menghadapi cabaran\narus modernisasi dan dunia masa kini yang diselaputi dengan budaya\nbermewah-mewah atau <em>hedonisme<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>\u0153Amatlah penting\nuntuk kita menjaga iman dan akhlak kita serta jangan sesekali mendekati perkara\nyang dilarang oleh Allah,\u009d nasihat beliau yang juga ibu kepada tiga cahaya mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Diana\nberpendapat bahawa kandungan filem atau drama yang mengetengahkan Islam tidak\npernah kering dalam dunia penyiaran tanah air. Namun realiti masa kini baginya amat\nmeresahkan apabila masyarakat Islam di Malaysia lebih memilih untuk menonton\nhal-hal yang bertentangan dengan syariat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>\u0153Jika ditelusuri\nsejarah perjuangan Rasulullah S.A.W dalam &nbsp;menyampaikan dakwah demi menegakkan tauhid,\nkita perlu menghargai pengorbanan baginda. Namun begitu, umat Islam pada hari\nini lebih memilih untuk memandang enteng perjuangan tersebut,\u009d jelas Diana. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengakhiri\nperbincangan dalam sesi bual bicara tersebut, Puan Diana Amir menitipkan satu\nnasihat yang amat bermakna bagi masyarakat Islam di Malaysia. Nasihat beliau,\namatlah kritikal bagi orang Islam di Malaysia untuk terus menyokong siaran\ntelevisyen yang mengetengahkan kandungan bersifat islamik seperti rancangan-rancangan\ndi TV Al-Hijrah dan Astro Oasis. <\/p>\n\n\n\n<p>\u0153Penonton\nmerupakan elemen penting bagi setiap penerbitan filem atau drama sebab mereka\nyang akan memberikan penilaian dan penarafan (<em>rating)<\/em> yang akan membantu\nprogram-program Islamik untuk terus berdaya maju,\u009d ujar Diana. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau\nlagi, usaha meneruskan dan memperbanyak kandungan media bersifat Islamik di\nlayar perak dan dunia penyiaran merupakan perjuangan segenap lapisan\nmasyarakat. Usaha mulia ini tidak hanya terhad kepada anak seni dan mereka yang\nterlibat secara langsung dalam industri media terutama penggiat genre media\nkreatif.<\/p>\n\n\n\n<p>Program bual bicara maya dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ini bermatlamat untuk berkongsi ilmu dan buah fikiran berkaitan karya keagamaan dalam dunia penyiaran tanah air serta melihat isu-isu yang sering ditimbulkan.***<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Shahanim Shafee dan Auni Zarifah Akibat perubahan teknologi media yang pantas yang turut disertai dengan kepelbagaian kandungan media, corak penerimaan masyarakat Malaysia terhadap program&hellip; <\/p>\n","protected":false},"author":5699,"featured_media":158185,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6,748,11,8,21],"tags":[],"nelio_content":{"isAutoShareEnabled":true,"autoShareEndMode":"never","automationSources":{"useCustomSentences":false,"customSentences":[]},"followers":[156,12,5699],"suggestedReferences":[],"efiUrl":"","efiAlt":"","highlights":[],"permalinkQueryArgs":[]},"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/news.iium.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/Screenshot-30.png","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/158269"}],"collection":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5699"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=158269"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/158269\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":158278,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/158269\/revisions\/158278"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/158185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=158269"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=158269"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=158269"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}