{"id":151670,"date":"2021-04-20T04:48:44","date_gmt":"2021-04-20T04:48:44","guid":{"rendered":"https:\/\/news.iium.edu.my\/?p=151670"},"modified":"2021-04-23T00:46:36","modified_gmt":"2021-04-23T00:46:36","slug":"the-moreh-2021-kudapan-rohani-mengejar-cinta-ilahi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/news.iium.edu.my\/?p=151670","title":{"rendered":"The Moreh 2021: Kudapan Rohani Mengejar Cinta Ilahi"},"content":{"rendered":"\n<p><em><strong>Oleh Nurdamia Qistina Mohd Azmi&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;<\/strong>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; <\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Dengan norma baru kehidupan\nyang harus kita lalui kini, pengalaman berpuasa pada tahun ini pastinya terasa\nlebih memilukan apabila beberapa amalan rutin di bulan Ramadan seperti\nsebelumya tidak dapat dilaksanakan. Antara amalan yang sering menghimbau\nkenangan kita di bulan mulia ini ialah menikmati hidangan \u0153moreh\u009d yang biasanya\ndisusun selepas selesai solat tarawih berjemaah di masjid atau di surau. Amalan\nmenikmati kudapan ringan sambil bermesra ini sedikit sebanyak membantu dalam\nmenambah rasa persaudaraan di kalangan penduduk setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bersumberkan ilham moreh\nRamadan, UIAM Pagoh mengambil inisiatif menganjurkan moreh rohani secara dalam\ntalian, yang bermula pada 16 April lalu sebagai sesi pembukaan. Tanpa hidangan\nkuih muih dan secangkir kopi atau teh, program <em>The Moreh 2021<\/em> ini\nmerupakan perkongsian moreh secara rohani yang dianjurkan oleh <em>Mahallah<\/em> <em>Representative\nCommittees<\/em> dari Mahallah Zaid bin Harithah.<\/p>\n\n\n\n<p>Program moreh rohani ini\nyang dianjurkan dalam proses untuk lebih mengenali Sang Pencipta, turut\nmendapat kerjasama dan penyertaan pelbagai pihak. Antaranya Rakan Siswa YADIM\nUIAM Gombak, Rakan Siswa YADIM Darul Quran, Kelab Rakan Pusat Islam Darul\nQuran, Institut Dato Onn Johor, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Johor,\nPROFAZ UIAM Kuantan, Maruf Club UIAM Gombak, Quranic Youth Club (QYC) UIAM\nGombak dan NASTIA Youth Club Induk.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Episod pembukaan<em> The\nMoreh<\/em> kali ini dimulakan dengan sembang-sembang keimanan melalui tajuk <em>Fasting\nand Feasting: How to Observe an Active and Healthy Ramadan. <\/em>&nbsp;Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh\ntetamu-tetamu istimewa iaitu Dai Imran Zaki (Naib Juara Daie Pendakwah\nNusantara TV3\/2018) dan Fatin Nabila (Pengasas <em>Empower Quran <\/em>dan\nPengarah <em>The Amin Indris Show<\/em>). <\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran kedua-dua penceramah\nterkenal ini berjaya&nbsp;menarik perhatian umum bagi\nmemeriahkan lagi program <em>The Moreh 2021<\/em>. Seramai 569 penonton telah sama-sama bermoreh\nsambil mendalami ilmu mengenai kepentingan bulan Ramadan dan tips kekal aktif\nserta istiqamah pada bulan puasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Hikmah bulan Ramadan ini\ndijadikan sebagai wadah merenungi diri untuk memperbaiki amalan dan gaya hidup\nseorang Muslim untuk menjadi lebih baik dan bertakwa. Rasulullah\nSAW menyatakan <em>\u02dcapabila datangnya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga,\nditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.<\/em> (HR al-Bukhari\ndan Muslim). <\/p>\n\n\n\n<p>Dai Imran berkongsi rasa bahawa\nramai orang yang berpuasa namun pada akhirnya tidak mencapai peringkat golongan\nmereka yang bertakwa. Hakikatnya, ketakwaan ini dapat dirasai sekiranya mukmin\nmembina ikatan rohaniah bersama dengan Allah S.W.T.&nbsp; Ikatan ini akan dapat\ndijaga sekiranya dikekalkan sehinggalah ke akhir Ramadan. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala melalui\nperkongsian Fatin Nabila, sebak makin terasa.&nbsp;\nKatanya, usaha memburu ilmu harus menjadi lebih bertenaga di bulan mulia\nini. Tambah beliau, bagi mengekalkan ekspedisi Ramadan yang sihat dan aktif,\nmendalami ilmu dan mengenali pencipta adalah kunci yang utama. Menurut beliau, ilmu\nini ibarat cahaya dalam semua perkara yang memberi kesan kepada diri. Maka,\ndari situlah datangnya kekuatan untuk sentiasa istiqamah dalam memburu dan\nmemanfaatkan ilmu serta mengakhiri hidup dengan <em>husnul khatimah<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk kekal aktif di bulan\nRamadan, Dai Imran menyarankan kepada agar menulis target harian atau bulanan\nsebagai salah satu cara untuk mendapatkan pengurusan masa yang baik dan kekal\nistiqamah dalam apa jua yang dilakukan. Beliau turut menyatakan bahawa sasaran ini\nadalah sesuatu yang mampu memberi impak dalam kehidupan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Komuniti\nUIAM seharusnya tidak patut melepaskan peluang untuk menonton perkongsian <em>The\nMoreh 2021<\/em> secara langsung di laman <em>Facebook <\/em>Mahallah Zaid bin\nHarithah pada setiap hari Jumaat bermula pada jam 9:45 malam. Kira-kira selepas\nselesai solat tarawih. Ramai tetamu istimewa yang dinanti-nantikan bakal\nberkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Antaranya <em>The Helmis <\/em>danUstaz\nSyed Abdul Kadir. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka yang sudah menikmati kudapan iman pada <em>The Moreh 2021<\/em> pada Jumaat 16 April lalu, teruskan kesetiaan anda sehinggalah 7 Mei 2021. Penganjur juga berharap agar majlis moreh rohani ini dapat dimeriahkan dengan berkongsi pautan dengan kenalan dan sahabat handai. Maklumat lanjut program boleh diikuti melalui laman rasmi <strong><em>Instagram <\/em>@mahallah_zaidharithah.<\/strong>***<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Nurdamia Qistina Mohd Azmi&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dengan norma baru kehidupan yang harus kita lalui kini, pengalaman berpuasa pada tahun ini pastinya terasa lebih memilukan apabila beberapa&hellip; <\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":151655,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[4,6,748,3],"tags":[],"nelio_content":{"isAutoShareEnabled":true,"autoShareEndMode":"never","automationSources":{"useCustomSentences":false,"customSentences":[]},"followers":[153,134,5],"suggestedReferences":[],"efiUrl":"","efiAlt":"","highlights":[],"permalinkQueryArgs":[]},"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/news.iium.edu.my\/wp-content\/uploads\/2021\/04\/WhatsApp-Image-2021-04-19-at-20.17.23.jpeg","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/151670"}],"collection":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=151670"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/151670\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":151673,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/151670\/revisions\/151673"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/151655"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=151670"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=151670"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/news.iium.edu.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=151670"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}