Oleh Jibril
Hari berganti hari,
Masa tidak dapat dikejari,
Masih mencari solusi,
Demi mencapai resolusi.
Masa takkan menanti,
Saban hari aku belajar menikmati,
Meskipun jalan berliku tidak dapat dihindari,
Tiada pilihan selain perlu dilintasi.
Kata-kataku adalah satu manifestasi,
Untuk menghapus sekalian fantasi.
Selamat tinggal isolasi
Apa khabar realiti.
……….
Jika anda perasan. Saya sengaja mengakhiri setiap baris dgn huruf ‘i’. Huruf ‘i’ tersebut membawa maksud Impian. Impian tersebut adalah Impian yang penulis tersebut ingin capai pada Masa kini dan Masa akan datang.***