Ruangan Bahasa Melayu kini di IIUMToday

Oleh Auni Zarifah

GOMBAK, 17 Disember 2020: Buat julung kalinya, IIUMToday bakal melancarkan ruangan Bahasa Melayu sebagai satu platform menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan warga kampus.

Sehubungan dengan itu, portal ini mengalu-alukan para pelajar dan ahli akademik untuk menyumbang artikel yang menyuarakan pandangan tentang pelbagai isu serta meraikan pendapat dalam pelbagai bidang.

Artikel tersebut adalah berdasarkan topik (tetapi tidak terhad) seperti di bawah:

Penyelidikan dan Inovasi

Gaya hidup

Resensi buku

Ulasan filem

Kehidupan kampus

Pelancongan

Hantarkan artikel anda ke alamat e-mel iiumtoday@gmail.com dan œGuest Submission sebagai subject.

Sertakan juga nama penulis dan gambar berkaitan artikel anda.

Artikel anda perlulah kurang daripada 2,000 patah perkataan. IIUMToday akan menilai artikel yang dihantar dan tidak wajib bagi kami menerbitkan semua artikel yang diterima. Pihak IIUMToday juga berhak untuk menyunting artikel yang diterima berdasarkan standard yang telah ditetapkan.

ENGLISH VERSION

GOMBAK, 17 December 2020: IIUMToday will be launching a Malay column to uphold the national language among IIUM community. Opinion and viewpoint in the form of feature article, write-up and commentary from students and academics in Malay language are therefore most welcomed. 

The content are based (but not limited to) on the following topics:

Research and Innovation

Lifestyle

Arts

Book Reviews

Movie Reviews

Student Life

Tourism

Submissions can be made to iiumtoday@gmail.com with the subject œGuest Submission

Please include the name of the author and a featured photo for the article.

Submission must not exceed 2,000 words. Please be informed that there is no compulsion for us to publish all articles submitted. We reserve the right to edit submissions to adhere to our editorial standard.***


Leave a Reply